BeZa CINTA dan BaS

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata
pada
diri awak,"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk. " Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun
biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.


Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan
mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas
yang seterusnya. Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg
tadi
tapi kali ni awak kata, "Emmm.... tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak
biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung
dan
baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas
itu
tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah
membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak... Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond,
adakah
awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?


Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak
salah
juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak,
apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman
yg
macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak
buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu
melintasi
saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN! Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan
terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang
pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tiada ulasan: